nuffnang

Teme's GANG

#itstemeRamadhanSketch project


#itstemeRamadhanSketch

Pertamanya, izinkan saya perkenalkan diri,
Nama saya Teme Abdullah (nama pena yang digunakan sejak mula menulis blog dakwah tahun 2011), lahir di Malaysia, membesar di Malaysia, mendapat pendidikan awal di Malaysia, dan kini menyambung pelajaran dalam bidang Seni Bina di London, United Kingdom.


Saya ringkaskan seringkas yang mungkin..

Seperti kebanyakan rakyat marhaen yang berusaha untuk up-to-date dengan peredaran social di dunia dan Malaysia khususnya, saya wujudkan akaun instagram untuk diri saya. Memang tak aktif lansung pada mulanya, saja nak ada akaun instagram sebagai pelengkap ciri-ciri manusia moden... cewah..

Melukis merupakan salah satu antara ‘kerja-kerja kecil’ yang saya lakukan untuk sara hidup sebagai student di sini. Kadang-kala saya akan buat lakaran bangunan-bangunan menarik di jalanan, dan jual terus kalau ada yang berkenan. Tak banyak untung pun, tapi alhamdulillah terasa puas. 

Dari sinilah saya mula menjadi 'pelukis jalanan'.




Melukis, jual, melukis, jual....
Sehinggalah akhir September 2014,
Saya secara ‘suka-suka’ telah upload gambar lakaran bangunan di instagram, saja nak berkongsi keindahan ciptaan Allah yang saya luahkan dalam bentuk lukisan. Alhamdulillah secara tak sengaja, ramai yang berkenan, so saya terpikir..

“why not aku upload gambar-gambar sketches aku lepasni? Mungkin ada yang suka tengok, dapat gembirakan hati orang, kan dah dapat pahala. Boleh juga jadi salah satu cara encourage masyarakat untuk tadabbur alam.. haaaa”

So, setiap kali saya musafir/jalan-jalan dan ternampak bangunan yang menarik, saya sketch dan upload di instagram.



Sketch, upload, sketch, upload....
Sehinggalah sebulan kemudian, followers makin bertambah, lukisan semakin mendapat sambutan, walhal lakaran saya takdalah cantik mana pun. 

Alhamdulillah, ada sebilangan besar juga followers yang bukan dari Malaysia, so saya mula gunakan english sebagai description untuk sketches tertentu.

Sampailah suatu hari, ada hamba Allah screenshot artworks saya di instagram, dan upload di twitter.

Dan lakaran-lakaran saya mula 'tumbuh sayap'..


[sumber]


Alhamdulillah ada yang suka,
So, saya teruskan macam biasa.
Ada je yang bagi komen negatif, tapi who cares.. buat apa letakan negativity di hati kita, sedangkan Allah hadirkan banyak lagi reaksi positive untuk kuatkan semangat hambaNya.

3-4 hari kemudian,
Ada hamba Allah hantar message beserta link sebuah artikel kat facebook page teme. Katanya, kalini ada blog hiburan terkenal share lukisan saya di blog berkenaan.


[sumber]
  

Beberapa hari kemudian,
Saya dapat message dari seorang sahabat,

“teme.. kau tahu 9gag?” 
“tahu, kenapa?” 
“sketches kau masuk 9gag weyh.. excited aku! lukisan budak Malaysia dah jadi wakil Asia dah! hahaha”


[sumber]


Mulai dari sinilah makin banyak respond yang saya dapat,
Alhamdulillah, sedikit mudah untuk saya cari rezeki dari lukisan.

Dah hukum alam, ada yang suka, akan ada yang tak suka.
Tambahan pula, ada description lukisan saya yang mengecam tindakan Israel yang merampas tanah warga Palestine,
Kesan daripada artwork yang tersebar di 9gag, architecture-based instagram accounts, dan lain-lain, tumpuan dari non-muslim di seluruh dunia makin bertambah. Ada yang mengecam, ada yang memberi respon ilmiah.


Sejujurnya,
Ketika itu saya rasa sedikit takut untuk teruskan,
Lalu saya berhenti upload lukisan di instagram buat seketika.
Takut pada orang, takut pada bayang-bayang.

..

..

..

..

Satu hari,

*ada notification direct message di instagram*

*buka*



Semangat aku naik semula, ntah dari mana datangnya.

Bukan pentingkan pandangan manusia lebih dari Pencipta, 
Tetapi,
Kerana aku juga manusia,
Hati aku mudah terpengaruh dengan motivasi dari makhlukNya.
Mungkin ini cara Allah memberi semangat kepada hambaNya untuk teruskan..
Dalam banyak-banyak respond negatif, ada terselit sebilangan respond positif.
Lalu aku teruskan..
Reaksi negatif ada kalanya menjatuhkan, 
Tetapi,
Dalam pahitnya, ada kemanisan,
Pemberi semangat dan juga kekuatan,
Teguran dan nasihat jika diterima dengan penghayatan.

Sampailah satu hari,
Satu lagi direct message sampai di instagram, dari seorang penerbit sebuah rancangan di Malaysia.



Mula-mula, saya ingatkan ianya gurauan,
Biasalah orang nak menyakat.

Dan beberapa minggu kemudian.. ada satu panggilan dari nombor tidak dikenali dari Malaysia.
Ringkasan perbualan..

"Assalamualaikum.. ni Teme Abdullah ke" 
"...........ye saya.." 
"Macam yang kami maklumkan haritu, kami berminat untuk paparkan lukisan anda di rancangan Malaysia Hari Ini TV3. Kami sedia maklum yang anda takda di Malaysia, so, bolehkah kami buat live call masa siaran lansung MHI nanti?" 
"InsyaAllah boleh je.. bila tu kak" 
"Pagi esok" (Bermakna malam hari berkenaan dalam waktu United Kingdom)

Maka satu hari aku nervous tak lalu makan.. 


[gambar sumbangan followers di twitter]



Cukuplah cerita pasal diri setakat sampai di sini buat kali ini.
Perjalanan ini jauh lagi..

[sumber]




........................................

Aku tahu ramai yang lagi berbakat dan berkemahiran,
Aku tahu ramai yang patut diketengahkan dalam bidang lukisan,
Ini semua rezeki untuk aku dari Tuhan, kalau nak dilihat pada lukisan yang aku hasilkan, apalah sangat jika dibandingkan dengan kalian,
Jadi, aku ada satu tawaran,

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, aku ingin melancarkan satu ‘projek/aktiviti’

#itstemeRamadhanSketch

Senang je jika kalian berminat untuk sertai,
  1. Make sure niat kita untuk Allah, kalau tak, usaha kita sia-sia. Nampak remeh, tapi kene pastikan anda ambil serious soal niat.
  2. Hasilkan lukisan/lakaran sekreatif yang mungkin tentang sesuatu tempat/binaan.
  3. Dari lukisan dan suasana dalam lukisan tersebut, tulis refleksi yang Islami pada description. Kalau boleh, seboleh-bolehnya, tersangat boleh dan digalakkan untuk kaitkan dengan bulan Ramadhan. Jangan panjang-panjang, bimbang saya tak berminat nak baca (jujur). Bebas sama ada dalam bahasa melayu atau english.
  4. Letakkan #itstemeRamadhanSketch pada description dan upload di instagram. Jangan lupa unprivate instagram anda, kalau tak, saya tak dapat tengok. Boleh tag saya (@itsteme) untuk pastikan saya notice lukisan anda. Nak upload kat facebook, twitter & tag saya pun dipersilakan, tapi jangan lupa upload di instagram pulak tau?
  5. InsyaAllah, 2 karya terpilih setiap hari selama 30 hari bermula 1 Ramadhan (bedasarkan kejayaan kombinasi lukisan dan description) akan ditayangkan di instagram dan page teme. Saya akan mention instagram account anda, jangan risau.
  6. Wajib share artikel blog yang anda sedang baca ini moga lebih ramai join projek kita, heh heh heh heh..
  7. Perbaharui niat kerana Allah.


Boleh mula upload sekarang, tak semestinya bermula 1 Ramadhan baru upload kerana saya akan mula memilih karya untuk ditayangkan pada bila-bila masa sahaja. Mungkin inilah peluang anda untuk bersinar dan mulakan cita-cita sebagai pelukis?

Kalau tak keberatan, kongsikan pada kawan-kawan dan kenalan yang minat lukisan. Saya tengah nak kumpul gang untuk projek lagi best di masa hadapan insyaAllah.. heh heh heh heh..

InsyaAllah, 3 lukisan terpilih yang paling saya suka (kuasa veto.. heh heh heh) akan saya promosikan dalam buku kompilasi sketches teme kelak. Ini saya tak janji sebab tak sure lagi jadi ke tak buku kompilasi tersebut. Doakan yang terbaik ye?

Ayuh kita buktikan & tunjukkan, yang dakwah juga boleh dilakukan melalui lukisan.

28 comments:

  1. wow..kool teme :) tahniah banyak3..
    projek teme tu kool jgk..tap sy takde instagram..kalau emel je boleh?hehe

    ReplyDelete
  2. lukis interior perspective pun fail apatah lagi nak lukis bangunan. tak mampu T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik itu subjektif. kurang cantik bagi sesetengah orang, mungkin cantik bagi sebahagian besar lagi. description yg penting :)

      Delete
    2. Description yang payah tu. Nak kaitkan building sketch dengan dakwah.

      Delete
    3. itulah cabarannya.. heh heh heh

      Delete
  3. tak berpeluang nak tengok kt mhi tu. ada terperasan blog buat entry psal teme. hehe...

    tak der bakat pulak nak melukis. XD

    ReplyDelete
  4. Congrats Teme! Been following you since 2011 and seeing you go this far amazed me. :D Keep up the good work in da'wah and art.

    ReplyDelete
  5. kena tempat/binaan jugak ke? kalau gambar pemandangan alam boleh tak?

    ReplyDelete
  6. makin menarik ramadhan kali ni.

    ReplyDelete
  7. Boleh teme bagitau senarai alatan alatan lukis yg teme guna? Dah beli byk alatan tapi satu pun tak sesuai

    ReplyDelete
  8. selalunya saya guna pen brand Faber-Castell atau Artline. (personally sy lebih suka Artline). And sy guna 3 pen masa buat sketch; saiz 0.1, saiz 0.5, & marker warna kelabu. selamat melukis!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih teme! InsyaAllah saya join jugak 😄

    Instagram sy:

    @sofiarzaee

    ReplyDelete
  10. tahniah teme! keep up the good work. mungkin rezeki yang Allah dah bgi ni adalh medium untuk dakwah teme. #sketchdakwah

    projek tu cool. Good luck untuk yang bakal join :)

    ReplyDelete
  11. berminat nak join but i cant skecth just doodle

    ReplyDelete
  12. Mr. Teme, descriptionnya harus pake bahasa english atau melayu, ya? indonesia boleh, tak??? Hehe...
    Kalau melayu mungkin sikit2 je... 😁😀😁😀😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, boleh kalau ia bisa difahami :)

      Delete
  13. kalau campur imagination boleh ke ?

    ReplyDelete
  14. kalau takde instagram macam mana nak join? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna instagram kawan, pastu tulis kat description yg ia karya siapa :)

      Delete
  15. Kalau skecth gune pencil buleh?

    ReplyDelete
  16. Keep up the good work...smoga Allah redha:)

    ReplyDelete
  17. Buleh hantar lebih daripada satu sketch?

    ReplyDelete
  18. Teme. Kata2, perlu tulis atas kertas lukisan tu or dlm gambar pon boleh?

    ReplyDelete

HOT POST!!