nuffnang

Teme's GANG

kita DIPERHATIKAN!!

"saya nak roti pisang satu"
Pisang, musuh tradisiku dari kecil.. 
Mungkin kerana 'mind-set', setiap kali aku makan lebih dari sebiji, aku akan mula pening..

Tapi akhir-akhir ini, itu antara menu yang sering aku pesan.. 
Kononnya mencabar diri, berhadapan dengan kelemahan dalaman.. cewah...
Atau mungkin juga mengimbas kembali pelbagai kenangan? (tak yah pikir.. ini aku saja mengarut kasi sedap ayat)

Maka mulalah aku keluarkan reaksi yang pelik ketika berusaha menelan..
Reaksi maha buruk dan spontan.. 
dengan harapan..
reaksi begini membantu aku senang menelan..
Sahabat aku sedang memerhati, tanpa aku perasan..







"teme... aku nak berdakwah.. tapi aku tak reti computer.. macam mana nak buat blog?" 
"Rasulullah saw, Imam Syafie, Imam Maliki, Imam Ahmad, Imam Hanafi dan lain-lain tu takda blog pun?" 

Sikap anda,
Percakapan anda,
Nada suara anda,
Riak wajah anda..
Semuanya dakwah..

Mungkin juga senyuman anda berjaya menarik minat seorang hamba untuk mengenali islam..
Bukankah anda dapat pahala free di situ?


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya."[Al-Zalzalah : 7]
Rasulullah telah mengajar kita menjadi muslim yang cemerlang.
Baik hubungan dengan manusia atau Tuhan.
Sama ada kita nak ikut, atau nak buat-buat tak perasan...

#HormatilahPengawalKeselamatan #TibaTiba

mengapa Aku, Engkau dan Mereka begini?

Ditayangkan dengan sebuah video viral..
yang berlatar belakangkan lapangan terbang..
dengan 'pelakon'nya seorang pengawal keselamatan.

sedih.. geram...
apabila penghormatan diberikan kepada yang berpangkat, yang berharta...
sedangkan yang tua dihina..

mana perginya hak untuk tidak diaibkan?
mana letaknya hak penghormatan sebagai seorang islam?
mana hilangnya hak dihormati sebagai orang tua?

“Barangsiapa tidak menaruh hormat kepada orang yang lebih tua diantara kami atau tidak mengasihani yang lebih muda, tidaklah termasuk golongan kami”
-Hadis riwayat Imam Ahmad

aku berfikir mencari punca.. 
walau aku tahu ianya tidak berguna..
kerana aku bukanlah sesiapa..
untuk mengubah sesuatu budaya..

aku mengimbau kembali..
apakah yang aku, engkau dan mereka lalui..
sehingga syaitan terlalu mudah menembusi..
menganggu perasaan dan emosi..






setelah apa yang aku lalui..
kini aku rungutkan kenapa aku, engkau dan mereka jadi begini?
renungkan kembali..
ada sesuatu yang perlu kita ubah di sini..
moga islam, menjadi teras kehidupan sehari-hari..


pss: teme terasa makin terpanggil untuk menyiapkan komik dakwah, agar kanak-kanak bisa memenuhi hiburan dengan perkara yang lebih islami.. 

ikhlas milik engkau????

assalamualaikum..

keikhlasan, 
ianya selalu dipersoalkan oleh 'nazi ikhlas'..

walaupun mereka tahu,
keikhlasan ini bukanlah duit,
yang boleh dikira dan dinilai..

kadangkala, kita terasa bersemangat untuk memulakan sesuatu kerana Allah..
sesuatu yang mengikut kemampuan kita (nasyid, blog, vlog, street dakwah, talks, etc)

tikala inilah syaitan akan bersungguh-sungguh menimbulkan persoalan..
syaitan akan berbisik..
"tak payah buat, ko bukannya ikhlas pun... kalau ko tak ikhlas kerana Allah, takde guna weh"
maka kita terpengaruh..
seterusnya membatalkan niat 'kerana bimbang tersasar niat'..
walhal, ada baiknya kita mulakan sesuatu, daripada tidak buat apa-apa lansung untuk ummah..

'nazi ikhlas' strikes...






wahai da'ie (pendakwah)
Islam akan menang juga pada suatu hari nanti, itu Allah janji..
kudrat Allah tiada tandingannya, tiada bantuan diperlukan..
tapi Allah memberi kita tawaran..
".....dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa"

-Al-Hajj : 40

kita mencari redha Allah.. bukan redha manusia..
kerana manusia itu ramai, tiada mungkin kita dapat puaskan semuanya..
sedarkah, kita nak masuk syurga dengan rahmat siapa??



usaha dakwah sedang berjalan.. 
tiada sesiapa yang dipinggirkan..

namun..
jika anda memilih untuk berada di suatu sudut..
mengkritik tanpa penyelesaian..
maaf, banyak lagi masalah yang perlu difikirkan..

kritikan itu, tetap akan dijadikan bekalan.. terima kasih...

assalamualaikum...

Kau tetap PENDAKWAH!!

assalamualaikum...

Apabila berbicara soal 'Da'ie', aku rasa tenggelam..

Tidak layak untuk seseorang yang bergelar 'aku' untuk mencuba mengibar panji Allah..

Aku pendosa....
Usah diceritakan soal kejahatanku, kerana itu soalku dengan Al-Ghaffur..
Cuma aku dan Tuhanku yang kenal dosaku...

Mana mungkin seorang yang imannya seperti objek yang melantun... mengajak ke arah syurga..

Sedang diriku tidak kemana..
Tidak juga berusaha bergerak ke sana..

maka seperti menyusun batu-bata, aku sediakan seribu satu alasan..











وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. -Ali-Imran : 104 

Terlintas jauh di benak hatiku..
Tidak inginkah aku tergolong dalam kalangan 'beruntung' seperti yang dijanjikan oleh Tuhanku?

Namun, sempatkah aku untuk mengajak diri dan masyarakat ke arah redha Allah?

Setelah terlalu lama aku menghambakan diri pada dunia ciptaan Al-Khaliq..

aku merujuk sesuatu yang juga aku gelar Murabbi.. iaitu hati kecilku sendiri.. 


"kau rasa kau terlalu berdosa, tak layak untuk menyebar risalah kan? habistu kalau kau decide untuk tidak berusaha memperjuangkan agama, apa lagi yang kau nak sembahkan pada Allah kelak? dosa kau aja?"

sentap...

lalu aku teruskan melukis... dan menulis...
“Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran, hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya. Dan jika ia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan jika masih tidak mampu juga, maka dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” -Hadis Riwayat Abu Hurairah

A bit personal...

berdebar...
selepas subuh hari itu.. 

Memikirkan apa yang akan berlaku..
Hampir setiap minit aku menoleh ke arah jam, berdebar, tetapi tidak tahu apa yang aku takutkan sangat.. 

Berbaring di ruang tamu.. Phone di tangan..
"hmmmm aku nak telefon.. atau nak check online je... hmmm" 
Bermonolog dalaman, sambil melayan kerenah rakan-rakan seperjuangan dalam whatsapp, masing-masing berdebar menunggu result..
"asal semacam je ni.. time result SPM takde pulak macam ni.. mungkin aku makin dewasa kot? makin banyak berfikir?... ceh.."

 حسبنا الله ونعم الوكيل .... حسبنا الله ونعم الوكيل .... حسبنا الله ونعم الوكيل ...  

Aku beranikan diri membuka laman web online result... sambil tanganku menutup screen phone, beranilah sangat..

Perlahan-lahan aku buka jari-jemariku..

Fikiran terasa kosong.. Dunia seakan-akan terhenti bergerak..
"Alhamdulillah, ini yang terbaik... "
Aku pelik, aku tidak sedih seperti yang aku sangkakan... Cuma aku terkilan kerana tidak dapat hadiahkan keputusan yang sepatutnya kepada ibuku..

Pertama kali dalam hidupku.. 
Aku terasa seakan-akan 'gagal' dalam akademik.. walaupun hanya 1 mata kurang dari kadar yang ditetapkan oleh penajaku..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Al-Baqarah : 216







Sungguh.. Aku ni pentingkan diri..
Ditarik satu zarah kenikmatan dunia untukku, aku dah resah.. Tak senang duduk..

Walhal berjuta-juta portion kesenangan dan kenikmatan telah Allah kurniakan padaku selama ini..
Namun, tiada yang benar-benar aku syukuri..

Aku yakin.. 
Allah ingin tarbiyah diriku.. 
Kafarah dosa ku.. 
Mengingatkan aku akan kesilapan diriku selama ini, agar tidak diulangi..

.......................................................

Teme ingin kongsikan betapa besarnya kuasa Al-Malik yang boleh dikaitkan dengan hikmah yang lahir dari ujian ini.. Alhamdulillah

Anda jaga akhlak dan ibadah?
Anda berjihad? 
Anda dapat pelbagai anugerah?
Anda menjadi idola manusia?
Anda berusaha jauhi riak?
Anda jadi hamba Allah yang terbaik?
Anda buat segalanya untuk agama?
Anda rasa anda layak masuk syurga???
tidak!! tiada satu pun yang lahir dari kita melayakkan kita ke situ.. MELAINKAN
dengan rahmat Allah..

Sejauh mana kita usaha.. Keputusannya terletak pada Dia.. Kita hanyalah perancang yang lemah..

Selamat jalan teman,
Sesungguhnya kita berbeza peranan,
Tapi akhirnya kita akan bertemu Tuhan,
Menceritakan tentang perjuangan,
Yang hujungnya terdapat hanya dua pengakhiran,
Sama ada ke syurga atau ke neraka seorang insan,

Jika terkenang sesekali,
Ku harap doa mengikuti,
Dari para sahabat sejati,
Tetaplah berjuang, moga kita bertemu kembali..
Di Jannatul Firdausi..

HOT POST!!