nuffnang

Teme's GANG

lidah itu pedang..

assalamualaikum..

setelah mendengar luahan perasaan seorang sahabat, 
teme tergerak untuk 'extract' pengajaran dari luahan tu dan berkongsi dengan korang..




HABLUMMINALLAH WAHABLUMINANNAS

Konsep ini bermaksud menjaga hubungan dengan Allah sebagai pencipta, dan tidak mengetepikan hubungan sesama manusia.
selalunya... kita seakan-akan terlepas pandang tuntutan yang kedua, habluminannas..

kita terlampau mengejar cinta Allah, alhamdulillah..
tapi dalam perjalanan itu, kita memusnahkan hati makhluk-makhluk di jalan yang kita lalui..
kita tidak menjaga hati dan hubungan sesama insan lain..
ibubapa, adik-beradik, sahabat, dan kawan-kawan...

kata seorang guru ketika teme meminta maaf sebab lambat masuk kelas
"teme, kalau kita berdosa dengan Allah, Allah maha pengampun.. tapi kalau kesalahan sesama manusia, tak semestinya kita dimaafkan"
-Madam Mea, Further Maths, 2013




kadang-kadang, kerana kita terbiasa sangat dengan perkataan-perkataan tu..
ia terkeluar tanpa kita sedari dan tak boleh dikawal..
contohnya kalau tersepak batu, perkataan apa yg terkeluar?
kalau ianya perkataan zikrullah, alhamdulillah...
tapi kalau perkataan kesat yang keuar?
ntah-ntah, perkataan-perkataan tu yang
terkeluar time nafas terakhir kita nanti..

kita anggap biasa....
"relaks r teme.. dah biasa dah lah guna perkataan camni, orang dah faham"
tapi... siapa tahu ada yang kurang senang dengan perkataan yang kita keluarkan? dan perkara ini akan dibangkitkan di akhirat..
ada baiknya kita ambil langkah selamat,
kan???

dengan isteri nanti kita akan lagi rapat, takkan kita nak guna perkataan-perkataan macamtu lagi?



Dari Abu Said r.a dan Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
Mengumpat adalah lebih buruk dari zina. Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah, bagaimana mengumpat itu lebih buruk dari zina? Baginda SAW menjawab: Seorang yang berzina boleh memohon ampun, maka Allah SWT mengampunkannya, tetapi orang yang diumpat, apabila dia tidak memaafkan orang yang mengumpat, maka pengumpat tetap berdosa. -Hadis Riwayat Baihaqi
pastu korang pun terfikir "haaa.. dari aku mengumpat, baik aku berzina"

JANGAN!!

hadis ini dengan kata lainnya ingin memberi amaran kepada anda akan bahayanya mengumpat..

kadang-kadang ternampak jelas perpecahan dalam kalangan kita..
teme pernah nampak sendiri orang yang paginya mengumpat seseorang..
petangnya meminta tolong orang yang diumpat itu beli nasi lemak.. 
aish... ni tikam belakang namanya..

apa nak buat kalau korang nampak orang mengumpat?
larang dia! sebab ganjaran menanti anda di akhirat nanti :) insyaallah, rujuk hadis berikut..

Dari Asma binti Yazid r.a berkata; Baginda Rasulullah SAW bersabda: 
Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (di majlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah Taala akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka Jahanam. -Hadis Riwayat Musnad Ahmad
mulut ini powerful, walaupun anggota yang kecil, tapi sepatah perkataan pun akan menentukan kita ke syurga atau neraka..


Allahualam

Ramadhan? apa nak buat????

assalamualaikum...
alhamdulillah, seperti biasa, artikel berjaya dipost pada hari khamis-malam-jumaat..
aik? kenapa post pasal ramadhan? manakah post pasal saudara-saudara di Mesir?
insyaallah, post berkenaan Mesir teme dah buat kat facebook, klik sini dan share untuk sama-sama kita mengenali pejuang Islam yang sebenar. SUPPORT MOHAMED MORSI AL-HAFIZ!!
usaha kita, walau sebesar zarah, akan dihitung di akhirat kelak dengan izinNya..

ok sambung..
semua sedia maklum..
pada bulan Ramadhan ini, pahala ibadah kita digandakan...
jadi, ianya waktu terbaik untuk kita 'melabur' sebanyak mungkin..

Ramadhan ni syaitan dah dibelenggu
inilah waktu terbaik untuk buat perubahan positif..
sebab boleh elak diperli, tapi macam mana?
cerita banyak-banyak pun tak best, sebab korang suka gambar je kan?
ok.. ini contohnya..








maka... jika sesiapa dilahirkan dengan nama Chot, teme mintak maaf.. sesungguhnya, watak tersebut tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia...


ok sambung...
contoh checklist bulan ramadhan..


  • berjemaah di surau/masjid setiap waktu solat 

          worst case: berjemaah 3 daripada 5 waktu solat...


  • terawikh secara berjemaah di surau/masjid

          worst case: tidak tinggal terawikh walaupun satu hari..


  • mula menutup aurat dengan sempurna

          worst case: tak payah nak worst case sangat! aurat memang kene tutup!!


  • mulakan sahur dengan tahajjud

          worst case: akhiri sahur dengan tahajjud... (same je lah kan? bhahahaha)


  • khatam membaca al-Quran 30 juzuk beserta terjemahan

          worst case: khatam versi bahasa arab..


  • tundukkan pandangan kalau ternampak aurat atau apa-apa yang membangkitkan nafsu..

          worst case: takyah ke tempat yang ada chance untuk ternampak kemungkaran, senang.


  • mula menapis percakapan dan perkataan yang dikeluarkan. fikir akan perasaan dan akibat perkataan itu dikeluarkan

          worst case: buang perkataan kasar/makian dalam kamus hidup anda..



buat step by step, tak semestinya terus perfect...
istiqamah dalam memperbaiki diri....
(klik sini untuk poster yang lebih 'proper' dan tak cacamarba)

Bulan Ramadhan ini, terlalu ramai mengejar pahala solat terawikh berjemaah sampai terlupa pahala solat fardu berjemaah yang lagi berganda-ganda pahalanya... 

Menurut seorang Ustaz di Masjid Al-Khairiyah, Gombak, pahala satu solat fardu berjemaah di bulan Ramadhan bersamaan dengan pahala satu bulan solat terawikh berjemaah.. so, kita kene amalkan yang utama..




Sabda Rasulullah s.a.w.: 
Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan"
renung-renungkan... saja bagi ending sentap sikit....
banyakkan bersedekah di bulan yang mulia ini, kita jangan lupa saudara kita yang kurang bernasib baik..
rebutlah peluang keemasan yang ada di bulan barakah ini...

sempena ramadhan ini, marilah sama-sama kita saling menasihati antara satu sama lain :)
insyaAllah, teme akan sediakan medium untuk anda sampaikan pesanan dakwah..
melalui twitter, tulis pesanan tu, pastu mention @itsteme... insyaAllah teme akan tolong retweet :)
okeng?

dalam melakukan perubahan, kita tak perlu jadi 'dia tu' atau 'dia ni'..
kita hanya perlu contohi Rasulullah dan jadi DIRI KITA SENDIRI, but in a BETTER VERSION.. 


Allahualam...



aku dah BERTUNANG, aku ada HAK?

Assalamualaikum :)
alhamdulillah berjaya siapkan post ni walaupun sedang menjalini BTN (Biro Tata Negara)
huh? korang tak tahu ke BTN ni? BTN ni kem untuk melahirkan muslim-muslim yang warak, alim lagi thabat dalam memperjuangkan agama Allah... heh heh heh heh heh heh....
tolong percaya

ehem.. kita teruskan dengan perbincangan kita pada hari ini..
moga rakan-rakan yang berkongsi serba sedikit dapat mengubah keadaan yang seakan-akan jahiliyyah ini di bumi Malaysia.. InsyaAllah...








 *tak menjawab soalan*



Ya sahabat.. 
syaitan akan cuba macam-macam untuk memesongkan kita..
dia tak macam kita, cepat berputus asa.. dia akan berusaha semai benih jahiliyyah dalam diri kita walaupun iman kita sedang tumbuh...
ayuh, kita sama-sama tinggalkan budaya macam ni...
  • nak bertunang? boleh.. baguslah tu, anda berusaha untuk membina keluarga dan memperbanyak umat Rasulullah, tapi jangan lama-lama kerana berpotensi hati terluka (aichehhhhh)..
  • nak keluar dengan tunang? boleh.. pastikan ditemani mahram wanita, pastikan tidak timbul fitnah dan sedar yang anda takde apa-apa ikatan lagi!! tujuan yang tetap dan jelas iaitu untuk 'kenal' bukan lebih-lebih..
  • nak sweet-sweet kat facebook/twitter etc? boleh berserta penampar laju-laju dari teme dan rakan-rakan...


dan ini untuk kaum Adam.. yang bakal menjadi pembimbing dan imam... (grrrrr.. marah ni)
Apa definisi tunang bagi anda? Boleh keluar berdua bersama? Fikirkan, bila kita keluar dating, Rasulullah atau Syaitan yang gembira? matlamat anda nak gembirakan siapa? anda ummat siapa?
Sedar atau tidak, dalam tekad kita nak jadi 'imam', nak bimbing 'bakal isteri' ke syurga, kita biadab dengan bakal ibu & bapa mertua kita.. Lebih serious jika biadab dengan garis panduan Allah..
Dosa 'tunang' itu (jika melanggar batas) masih ditanggung bapanya, bukan kita! Kita takda hak untuk menambah dosa bapanya, yang sekaligus menyumbang ke neraka..
Sama-samalah kita saling menegur, hidup untuk sama-sama ke syurga kan? insyaallah.. :)

Dari Ustaz Nouman Ali Khan... (tak jumpa kat masjid-masjid Malaysia sebab beliau ustaz dari USA, so takyah cari)

  • jika menaruh hati pada seseorang, lanjutkan pada ibu dan bapa muslimah tersebut, jika dua-dua pihak bersetuju, percepatkan pernikahan..
  • jika pihak wanita tidak bersetuju, lari jauh-jauh dan jangan menaruh harapan kerana ianya akan mendatangkan beban yang hebat pada diri dan hati anda.. (aicehhhhhh.....)




so... macam mana nak mengelakkan hubungan yang Haram? jawapannya, proceed kepada hubungan yang Halal.. wakakakakaka...
tak kelakar ke? fine.... maaf...
Allahualam
~assalamualaikum~

HOT POST!!